Pembiakan Bangau besar

Meskipun burung bangau besar tidak selumrah burung bangau biasa, ia tetap membiak di negara ini iaitu pada bulan Ogos atau September setiap tahun. Tempat pembiakan burung bangau besar yang terkenal di Semenanjung Malaysia ialah di pantai paya bakau di Selangor dan Perak. Sarangnya dibina secara longgar daripada ranting mati di atas pokok bakau setinggi 1.5 m hingga 6 m dari permukaan air. Sarangnya lebih kecil daripada sarang burung Pucung dan tidak dilapisi daun seperti sarang burung pucung yang dilapisi daun bakau segar. Telurnya tiga biji, berwarna biru tua seperti telur burung Puchong Seriap (Ardea cinerea), tetapi lebih kecil iaitu 5.3 cm x 4 cm (Madoc, 1976).

Rujukan

WikiPedia: Bangau besar http://www.ebepe.com/html/great_egret.html http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=... http://www.naturephoto-cz.com/great-white-egret:eg... http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%202/Act%2076.pdf http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/201... http://www.wildasia.net/downloads/bird_list_kuala_... http://www.naturia.per.sg/buloh/birds/Egretta_alba... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://web.archive.org/web/20100308004942/http://...